Saturday, May 3, 2008

Abdullah: Nasimuddin usahawan kreatif????

Must Abdullah come out to give praise to someone who is currently being investigated for fraud in doing business? Talk about timing.
"Amat kreatif"? In what? How to get more APs? How to cheat your partners? How in the best way not to pay them? How to create papers (to bring in re-con cars then sold as new) so as not to be caught?
"Usahawan Bumiputera paling terkenal"? By now who doesn't know him? Hopefully famous and not infamous. Hopefully well-known for the right reasons.

Abdullah: Nasimuddin usahawan kreatif
03-05-2008 05:46:32 PM
KUALA LUMPUR:
Pengasas dan pengerusi konglomerat, Kumpulan Naza, Allahyarham Tan Sri S.M. Nasimuddin S.M. Amin merupakan seorang usahawan inovatif dengan kemahuan untuk berjaya.

Itulah yang digambarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai Nasimuddin yang meninggal dunia pada Khamis lepas di Los Angeles akibat barah paru-paru.

"Beliau merupakan seorang yang baik, penuh dengan idea, amat kreatif," kata Abdullah sambil menambah bahawa walaupun ada masanya beliau meragui tentang kejayaan cadangan yang dibuat oleh Nasimuddin, ahli perniagaan itu akan melaksanakannya dan membuktikan cadangan itu berjaya.

Beliau amat yakin dengan apa sahaja yang beliau ingin lakukan, kata Perdana Menteri kepada media selepas merasmikan sambutan Hari Pekerja anjuran Kementerian Sumber Manusia, di sini hari ini.

Sambutan Hari Pekerja itu bagi memupuk semangat kerjasama di kalangan kerajaan, sektor swasta dan tenaga kerja menyaksikan penyertaan 12,000 orang tenaga kerja, wakil dari pelbagai persatuan dan syarikat, agensi kerajaan dan badan berkanun.

Semasa menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Nasimuddin, Abdullah juga menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang rajin, dan contoh kejayaan usahawan Bumiputera.

Perdana Menteri juga menyatakan harapan agar kejayaan perniagaan yang dibina oleh Nasimuddin akan berterusan.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan yang dikeluarkan di sini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata industri automotif Malaysia kehilangan seorang usahawan dan ahli perniagaan yang hebat dengan pemergian Nasimuddin.

Ketika menyifatkan ahli perniagaan itu sebagai seorang daripada usahawan Bumiputera paling terkenal di kalangan komuniti perniagaan, beliau berkata Nasimuddin telah membawa banyak perubahan kepada sektor automotif negara.

Allahyarham merupakan usahawan berjaya dan berwawasan yang banyak menyumbang kepada pembangunan sektor automotif negara, kata Muhyiddin.

Kumpulan Naza merupakan konglomerat perniagaan Malaysia yang terlibat dalam pelbagai perniagaan seperti perniagaan motor, motosikal, pembuatan, perkhidmatan pengangkutan, kejuruteraan, perladangan, hartanah, operasi hotel dan insurans.

Kumpulan itu merupakan pemegang francais bagi kenderaan Ferrari serta Kia, Peugeot, Brabus, Hamann dan motosikal Ducati di Malaysia.

Ia juga memiliki permit mengimport kenderaan MercedesBenz dan Mazda.

Pada Ogos 2005, Naza membuka Naza Auto Mall, bilik pameran automotif baru yang menjadi mercu tanda syarikat.

Ia juga berjaya mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records sebagai bilik pameran motor terbesar dalam negara. BERNAMA

No comments: